BeritaNasionalPendidikan

8 anugerah projek inovatif pendidikan dalam pembangunan lestari milik UIAM

PUSAT Kepakaran Serantau Pendidikan untuk Pembangunan Lestari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (RCE Greater Gombak) meraih lapan anugerah Projek Inovatif Pendidikan dalam Pembangunan Lestari 2020. Pencapaian itu diumumkan menerusi portal Global RCE Network kelmarin.

UIAM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, anugerah itu mengiktiraf projek dan program yang menjadi penghubung antara masyarakat tempatan.

Selain menjadi penghubung dengan projek pembangunan lestari melibatkan pembelajaran, penyelidikan transformatif inisiatif menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan serta pengembangan keupayaan pelbagai pihak.

Anugerah berkenaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Outstanding Flagship Project, Acknowledged Flagship Project dan Honourable Mention.

“Dua projek menerima anugerah kategori Outstanding Flagship Project iaitu ‘Change The World’ dan ‘Whole Community Transformation Through Feed to Educate’. 

Tiga projek di bawah kategori Acknowledged Flagship Project menerima anugerah iaitu ‘Mainstreaming SDGs-Society as Agent of Changes’, ‘Living in Fortuitous Era’ dan ‘Greater Gombak Animal Shelter Project.’,” katanya.

Tiga projek di bawah kategori Honourable Mention yang menerima anugerah ialah ‘Jalinan Siswa Bersama Masyarakat Asli Club Mentoring Enviro-Camp‘, ‘IIUM Mental Health and Psychosocial Care Team‘ dan ‘Capacity Building for Islam, Peace and Civilizational Development: Engaging Extremism, Terrorism and Conflict through Education for Sustainability (2019-2020).

UIAM yang diisytiharkan sebagai RCE pada April lalu merupakan jaringan kerjasama antara individu, masyarakat, pakar dan organisasi yang komited dalam membina masa hadapan lestari melalui pendidikan.

Sementara itu, Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam kenyataan itu juga berkata, kejayaan yang diraih menyempurnakan slogan UIAM dengan mengaplikasi konsep khalifah, iqra, amanah dan rahmatan lil alamin selain menguatkan lagi semangat kerjasama berpasukan dalam bidang-bidang kepakaran. – SM

 

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button