Rencah Hidup

Pengasas produk Secret Correa sarat hamil tular gara-gara tergelincir kuda  

PENGASAS produk Secret Correa, Nor Azila Mohamad Azmi atau lebih dikenali sebagai Cik Puan Azila (singkatannya, CPA) mempunyai prinsip, tidak mati dicerca, tidak jadi kudis dengan cemuhan netizen yang merupakan haters di media sosial.

CPA walaupun pengasas produk Secret Correa bukanlah seorang yang mencari publisiti murahan sebaliknya apa yang berlaku ke atas dirinya adalah secara kebetulan.

Dalam keadaan beliau sarat mengandung, minat CPA ialah menunggang kuda. Beliau mengakui sesuatu yang luar biasa terjadi ke atas dirinya apabila video beliau terjatuh dari kuda menjadi tular di media sosial.

Sebenarnya, kata CPA, beliau tergelincir dari kuda, bukannya terjatuh seperti mana anggapan netizen.

“Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda (tergelincir sebenarnya) tiba-tiba gone viral di media social. Di twitter seperti mana dimaklumkan,” ciap beliau.

Related Articles

Ekoran itu, CPA mendapat panggilan telefon bertubi-tubi dari keluarga dan kawan-kawan yang mengambil berat tentang keadaan beliau.

“Yelah saya faham, mungkin sebab saya tengah sarat mengandung 7 bulan lebih, sebab itu ramai yang risaukan keadaan saya.

“Alhamdulillah saya okay je tak ada yang serius so far. Syukur kpd Allah SWT,” kata CPA lagi.

Walau bagaimanapun, ada juga dalam kalangan netizen yang memberi komen menakjubkan tentang insiden yang terjadi ke atas pengasas produk Secret Correa ini.

Misalnya, Neyra ShazeyraAku terjumpa IG dia sebab ada orang mention td bgtau. Tak sure la siapa. Active berkuda memang makan dia da kot. founder Secret Correa & she’s pregnant for real macam dh sarat but wow.

Power la boleh naik kuda lg. Aku yang obese ni mengah bawak perut.

Berbalik kepada kenyataan CPA, beliau berkata, semasa mendapat tahu videonya itu viral, beliau berkata, “sempatlah tengok perbualan dekat twitter. First time kena kecam memang tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata, sendiri cari pasal sendiri tanggunglah, cari penyakit dan macam-macam lagilah.

“Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Mental fizikal orang bisnes kena kuat!

“Bagi yang beri kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya selamat, Alhamdulillah terima kasih ya. Paling saya suka ada yang ingat CPA tak pregnant sebab ada yang kata badan kecik. Yeke hee..tu kena guna #Losyensecretcorrea lahye,” ujar CPA.

Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil bukan tidak boleh tetapi kena berhati-hati, kata beliau.

Macam dalam video itu sebenarnya CPA override saja tetapi berlaku sedikit kesilapan teknikal sehingga tergelincir, ujar beliau.

“Setakat pusing-pusing joy ride tidak mengapa, melainkan trot@canter dalam arena memanglah tidak sesuai dalam keadaan sarat macam ni,” akui beliau.

Tambah CPA lagi dalam, “actually I’m a horse rider and White Rose is my own horse. Sebenarnya sudah lama tidak jumpa dia. Rose ibarat anak saya. CPA rindu pada Rose sebab berbulan jugalah tidak jenguk dia. Saja nak melawat dia sebelum bersalin.”

Kata CPA lagi, tuan kuda dengan kuda kena ada hubungan yang kuat atau bonding. Sekali sekala kena datang jenguk kuda, tanya khabar.

Tambah beliau, ride (just walk bukan lari) semasa mengandung, bagus sebenarnya tetapi tidak digalakkan kepada newbie sebab ia membantu membetulkan posture badan ibu yang hamil. Memudahkan proses bersalin juga!

Kata CPA lagi, kuda hanya akan suka org yang tenang. Lagipun menunggang kuda adalah amalan sunnah dan mengajar sifat kepimpinan.

Bila jatuh jangan lupa untuk bangkit lagi. Itu sikap orang yang berjaya!, kata CPA. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button