MahkamahNasional

Penganggur didenda RM3,000 ceroboh masuk rumah Nabil Ahmad

SEORANG penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau hari ini kerana menceroboh rumah pelakon dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad.

Tertuduh, Fadzril Aqmal Abdul Anif, 31, dari Rembau sebelum itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam 7.50 malam, 4 Januari 2022 di Kampung Senama Tengah.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh masuk ke dalam rumah berkenaan dengan menolak pintu selain makan, berehat dan tidur di dalam rumah berkenaan.

Sebaik dimaklumkan rumah berkenaan diceroboh, adik Ahmad Nabil yang ditugaskan menjaga kediaman itu bergegas memeriksa rumah berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button