Politik

Pengampunan hutang B40 bukan omong kosong

PENGAMPUNAN hutang atau debt jubilee bukan sekadar omong kosong. Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya membangkitkan cadangan itu bukan untuk syok sendiri.

Sebaliknya jelas beliau, ‘debt jubilee’ sebagai penyelamat rakyat di tengah-tengah badai wabak Covid-19 dibincangkan dalam banyak media terkenal seperti Financial Times dan Washington Post.

Tegasnya, masyarakat perlu memerlukan penyelesaian radikal kerana cabaran yang dihadapai ketika ini adalah maha besar dan paling besar sejak Perang Dunia Kedua.

“Ini bukan omongan kosong. Ini fakta. Perang Dunia Kedua menyaksikan “global reset” ke atas sistem kapitalisme moden, maka kali ini selepas hampir satu abad, sudah tiba masanya kita fikirkan “reset” yang baru.

“Kalau dulu boleh ada Bretton Woods, Marshall Plan untuk selamatkan nyawa dan kehidupan rakyat khususnya di Barat, mengapa kita di Timur khususnya negara sedang membangun tidak boleh memikirkan untung nasib kita sendiri?

“Mengapa biar diri kita dijajah dengan ilmu kolonial berhubung ekonomi dan kewangan bila mana di Barat sendiri mereka persoalkan dogma-dogma tersebut seperti gerakan “Post-Crash Economy”, “Positive Money” dan banyak lagi,” kata beliau.

Lebih malang menurut beliau, umat Islam mempunyai panduan yang jelas dalam Al-Qur’an dan hadith berhubung mengurus beban hutang buat fuqara’ dan masakin.

“Silakan buat rujukan tambahan. Armada hanya nyatakan cadangan untuk kita sama-sama fikir dan bahaskan,” kata Menteri Belia dan Sukan itu.

Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini dikritik berikutan cadangannya agar bank melaksanakan penghapusan hutang secara bersasar, khasnya kepada kumpulan berpendapatan 40% terbawah (B40).

Beliau berkata, gesaan untuk bank menghapuskan bayaran faedah dan hutang bukan perkara baru kerana cadangan sama turut dibangkitkan di negara lain.

Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi yang memiliki saham di bank mempunyai kewajipan sosial terhadap rakyat dan mereka perlu membuat pengorbanan.

“Kita berada dalam waktu susah dan bank menjana keuntungan besar selama beberapa tahun, jadi penghapusan hutang paling sesuai.

“Tetapi, kita memahami bukan semua orang memerlukan penghapusan hutang, jadi ia harus dilakukan secara bersasar dan berperingkat,” kata Wan Ahmad Fayhsal.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button