Penduduk sekitar Janda Baik tunggu bantuan yang tak tiba
BANYAK tempat yang terjejas teruk akibat banjir yang berlaku sehingga sekarang termasuk penduduk sekitar Janda Baik, Pahang yang masih menanti kedatangan pasukan penyelamat.
Wartawan SUARA MERDEKA baharu sebentar tadi difahamkan, jambatan di kawasan penempatan di Janda Baik, berdekatan dengan Klinik Kesihatan, ditenggelami air.
Di kawasan itu juga terdapat rumah inap dan chalet yang dibina di tepi sungai.
Bantuan menurut sumber, dimohon daripada Jawatankuasa Kampung (JKK), pihak Pasukan Gerak Am (PGA) serta Balai Bomba dan Penyelamat.
“Penduduk masih menunggu ketibaan bantuan walaupun sudah berjam lamanya.
“Kasihanilah kami yang agak gementar dengan keadaan air yang melimpah,” kata sumber yang menyampaikan sedikit maklumat kepada SM.
Sama-samalah kita mendoakan agar penduduk di sekitar Janda Baik selamat dan mendapat bantuan kecemasan seberapa segera.
Sementara itu, Empangan Klang Gate turut dikhabarkan terpaksa dibuka kerana air yang melimpah.
Sekitar 12 pagi sebentar tadi, pintu empangan tersebut dibuka. – SM