Nasional

Pendakian ke puncak Kinabalu dibatalkan hari ini

Hujan lebat berterusan sejak semalam

SERAMAI 88 pendaki termasuk 10 pengamal media tidak dapat meneruskan pendakian ke puncak Kinabalu pada awal pagi ini berikutan faktor cuaca.

Penguasa substesen Panalaban, Julimin Kamin berkata, pendakian yang dijadualkan bermula pada pukul 2.15 pagi terpaksa dibatalkan kerana hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan laluan ke puncak gunung licin.

“Selain itu, kabus sangat tebal di atas. Ini sekali gus mengehadkan penglihatan di samping pembentukan sungai-sungai kecil di kawasan laluan di ‘check point’ di Sayat-Sayat dikhuatiri akan membahayakan pendaki,” katanya kepada BERNAMA.

Julimin berkata, ini adalah pertama kali jadual pendakian dibatalkan selepas aktiviti pendakian dibuka semula pada 16 Mei lalu selepas dihentikan sejak 18 Mac berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hujan berterusan di Kundasang sejak petang semalam menyebabkan laluan pendakian ke Panalaban juga dibanjiri aliran air deras.

Julimin berkata, berikutan pembatalan itu, semua pendaki yang menginap di Panalaban akan turun semula ke Timpohon pada 10 pagi ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button