Ekonomi

Pemulihan ekonomi negara dilandasan betul

KHAZANAH Nasional Berhad (Khazanah) yakin kelancaran Pelan Pemulihan Negara akan memastikan proses pemulihan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang tepat.

SHAHRIL RIDZA RIDZUAN/ Gambar media sosial.

Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, sebab itu, pihaknya optimis ekonomi Malaysia mampu pulih tahun ini seiring pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Memetik laporan portal Astro Awani, beliau berkata, faktor pemangkin kepada kejayaan pelan itu adalah menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Pemulihan ekonomi adalah tertakluk kepada sama ada kita boleh mencapai Fasa Ketiga dan Fasa Keempat pelan tersebut secepat mungkin.

“Faktor kejayaan yang paling penting adalah dari segi kadar vaksinasi yang mana kalau kita boleh capai kadar vaksinasi yang tinggi secepat mungkin, maka Fasa Ketiga dan Fasa Keempat akan datang lebih cepat.

“Maka, pemulihan ekonomi boleh bermula di Malaysia terutama melibatkan sektor-sektor yang telah dilanda teruk oleh COVID-19 seperti pelancongan dan penerbangan di mana ini adalah sektor-sektor terakhir yang akan dibuka, iaitu semasa fasa empat,” katanya.

Sharil Ridza berkata demikian ketika ditemu bual Astro AWANI secara maya pada Rabu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button