Nasional

Covid-19: 101 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam hari ini

ANGKA 101 kematian dalam tempoh 24 jam yang dicacat hari ini akibat wabak Covid-19 mencuri tumpuan media yang memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataannya di laman sesawang KKM, jumlah kes baharu Covid-19 hari ini ialah 5,510 dengan Selangor masih berada di tangga negeri tertinggi mencatat jumlah pandemik ini iaitu 1,914.

Secara mata kasar, tiada ada penurunan yang dicatatkan berhubung jangkitan Covid-19 hari ini.

Negeri Sembilan mencatat kes jangkitan kedua tertinggi iaitu 607 manakala Sarawak mencatat 570 kes jangkitan.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (480), Johor (392), Kelantan (230), Kedah (228), Sabah (184), Melaka (152), Labuan (101), Pulau Pinang (99), Perak (66) dan Terengganu (56).

Putrajaya berjaya menurunkan jumlah kes jangkitan Covid-19 kepada single digit iaitu 6 kes sahaja.

Jika semalam Perlis mencatat satu kes, hari ini, ada penambahan kepada 8 kes jangkitan Covid-19.

Jumlah keseluruhan kes yang dicatat ialah 673,026 dan seramai 922 individu menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), 450 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button