Nasional

PEMULIH: ACCCIM harap moratorium meliputi PKS, syarikat pertengahan

GABUNGAN Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berharap moratorium tanpa syarat selama enam bulan dapat meliputi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pertengahan.

ACCCIM dalam kenyataan satu kenyataan berkata, dua sektor itu turut terjejas kerana pandemik dan tiada kebenaran untuk beroperasi sepanjang Fasa Satu Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

“ACCIM turut berharap Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan beberapa langkah membabitkan cukai bagi meringankan aliran tunai pembayar cukai.

“Langkah tesebut ialah bayaran ansuran cukai bulanan kepada syarikat dan individu sehingga hujung tahun bagi memudahkan aliran tunai perniagaan.

“Selain itu, ACCCIM turut mencadangkan pembayaran cukai akhir selepas penyerahan penyata cukai syarikat.

“Untuk membenarkan cukai akhir pembayaran, sekiranya ada akan diselesaikan dalam empat kali ansuran iaitu selama empat bulan tanpa dikenakan denda,” katanya.

Dalam pada itu, ACCCIM menyambut baik pengumuman PEMULIH bernilai RM150 bilion dengan mengatakan ia mampu memberi kelegaan yang sangat diperlukan bagi meringankan beban kewangan.

Jelasnya, PEMULIH mengandungi pelbagai bentuk bantuan termasuk pemberian tunai, kemudahan pinjaman dan pelbagai dana kepada sektor sasaran.

“PEMULIH adalah satu bentuk pakej bantuan yang komprehensif kepada semua kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Diharapkan semua langkah yang diumumkan dapat dilaksanakan dengan baik dan bantuan kewangan disalurkan dengan pantas bagi mencapai hasil yang diingini,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button