BeritaPolitik

Pemuda UMNO gesa akta khusus digubal

GUBAL AKTA KHUSUS KESALAHAN HINA JALUR GEMILANG

1. Pemuda UMNO Kuala Kangsar kecewa dan kesal dengan kesilapan memaparkan Jalur Gemilang pada program anjuran Malaysian Basketball Association (MABA) seperti yang tular dalam media sosial.

2. Tidak terfikir dek akal bagaimana pihak penganjur tidak peka dengan kesilapan tersebut. Sejak bila bintang di dalam Jalur Gemilang berbucu lima? Budak sekolah rendah pun boleh mengenali bagaimana Jalur Gemilang.

3. Adakah pihak penganjur tidak menyemak terlebih dahulu? Atau memang penganjur tidak ambil tahu?

4. Benarlah pihak penganjur telah memohon maaf sambil menyifatkan perkara itu tidak disengajakan, tetapi adakah hanya meminta maaf mencukupi? Tindakan tegas wajar diambil. Kerajaan tidak boleh berdiam diri.

5. Jika kesilapan ini dilakukan oleh pihak dari negara luar, mungkin kita boleh memahami, tetapi dilakukan oleh rakyat di negara ini sendiri, apa yang tidak kena?

6. Insiden ini boleh dilihat sebagai suatu bentuk penghinaan kepada Jalur Gemilang itu sendiri. Dan ini  bukanlah kali pertama Jalur Gemilang dihina. Sudah banyak insiden penghinaan terhadap Jalur Gemilang berlaku.

7. Kerajaan wajar memandang serius perkara ini. Sudah tiba masanya kerajaan menggubal akta khusus terhadap kesalahan menghina Jalur Gemilang. Sebagaimana Lagu Negaraku yang termaktub di bawah Akta Lagu Kebangsaan 1968.

8. Bertindak segera. Sampai bila kita mahu kompromi dengan insiden penghinaan terhadap Jalur Gemilang?

 

Mustafa Shah Abdul Hamid
EXCO Pemuda UMNO Malaysia
Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button