Nasional

Pemimpin menjadi kayu ukur sesebuah organisasi – Pemangku Raja Perlis

Akhlak pemimpin menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan sesebuah organisasi sama ada dalam agensi kerajaan, swasta mahupun perniagaan.

Gaya kepimpinan yang ditunjukkan dan dipraktikkan dalam tadbir urus memainkan peranan yang sangat penting untuk kelangsungan organisasi masing-masing. Kepimpinan Islam yang diamalkan dapat menghubungkan perilaku pematuhan, kepercayaan dan penghormatan daripada orang yang dipimpin dengan pemimpin bagi mencapai matlamat ataupun objektif organisasi.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang ke-empat bagi tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Galeri DiRaja Arau.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, kepimpinan Islam yang berteraskan kepada konsep tauhid sebenarnya dapat melahirkan dan membangunkan insan dan masyarakat dari segi iman, akhlak, cara berfikir dan pembangunan fizikal.

‘Kepimpinan Islam juga mampu menyediakan insan untuk melaksanakan tugas khalifah Allah di muka bumi dan mengabdikan diri kepada Allah SWT dan mengamalkan sistem hidup mengikut syariat yang ditetapkan’ jelas Tuanku Pemangku Raja.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button