Pemimpin edar kalender 2021 kepada rakyat
TIDAK sampai 24 jam lagi Tahun Baharu 2021 akan muncul. Sudah tentu yang amat diperlukan oleh rakyat antaranya termasuk kalender baharu.
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mengambil langkah kehadapan dengan mengedarkan kelender 2021 kepada rakyat di kawasan masing-masing sejak beberapa hari lalu.
‘Kaleder kuda’ yang amat popular dalam kalangan penduduk di kawasan luar bandar menjadi pilihan untuk diedarkan.
Malah ada juga kelender terbabit dihiasi dengan wajah pemimpin yang mengedarkan kalender tersebut.
Antara yang mengedarkan kalender termasuk Ahli Parlimen Johor Baharu (PKR) Akmal Nasir, Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok, Ahli Dewan Undangan Ketari (DAP) Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Kulai (DAP) Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Hulu Langat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
“Pagi tadi edar Kalendar 2021 di Pasar Awam Larkin Sentral. Terima kasih kepada uncle, auntie, abang, akak dan semua di Larkin Sentral yang sentiasa memberi ruang, pandangan dan panduan kepada saya,” kata ) Akmal Nasir.
“Tahun ini saya hanya cetak 2,000 naskah kalendar bagi tahun hadapan. Sesiapa yang minat boleh datang ambil dari pusat khidmat saya di Kuchai Entrepreneur’s Park. Anda juga boleh telefon pejabat saya (03-79836768) sebelum anda datang,” Teresa Kok.
“Kalendar dah siap untuk di pos. Hanya untuk 150 orang terawal sahaja. Kalau tak dapat minta maaf ya. Selamat bercuti semua. Jaga diri,” kata Young Syefura Othman.
“Program edaran pelitup muka dan Kalendar 2021 diteruskan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mendengar rintihan dan masalah yang dihadapi oleh mereka terutamanya yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” kata Teo Nie Ching.-SM