Kemalangan

Pemilik lembu berkeliaran wajar diikat pada pokok yang bersarang tebuan

Pemilik lembu berkeliaran sehingga mengakibatkan kemalangan wajar diburu dan apabila ditemui, diikat pada pokok yang bersarang tebuan.

Hal ini demikian kerana sehingga hari ini, isi kemalangan membabitkan kereta atau motorsikal dengan lembu berkeliaran tidak pernah selesai.

Dalam group Warga Kuantan 2, seorang pengguna Facebook, Abdul Mubin berkongsi beberapa keping gambar yang melibatkan kemalangan dengan lembu berkeliaran.

“Salam Warga Kuantan 2, nak tanya siapa punya lembu ni? Kalau tak tahu jaga lembu, baik kau je jadi lembu. Habis kereta aku.

“Kepada tuan lembu ni, aku doakan kau ditimpa musibah yang sama. Menyusahkan orang je. Kejadian di Jalan Bukit Rangin lepas jambatan hala Gebeng,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Abdul Mubin berharap pemilik lembu terbabit tampil untuk membuat permohonan maaf kepada isteri dan anak-anaknya yang ada ketika kejadian,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button