NasionalUncategorized

Pembela mahu Ketua Biskop jelaskan audio ‘katak dalam air mendidih’

Ketua Biskop Julian Leow perlu tampil menjelaskan berkaitan rakaman audio yang didakwa suara beliau mengenai rancangan 25 tahun di Malaysia yang dianalogikan seperti ‘merebus katak dalam air mendidih’.

Desakan itu dibuat oleh Pengerusi Pembela Aminuddin Yahaya.

“Satu kenyataan dari sebuah NGO Katolik melalui media mengatakan suntingan tersebut adalah di luar konteks. Ini bermakna, rakaman tersebut adalah tulen dan ucapan tersebut benar-benar telah diungkapkan oleh Archbishop KL itu.

“Kalau mereka mengatakan rakaman itu diambil di luar konteks, maka apakah konteks sebenarnya?” tanya beliau.

Sebuah portal berita, Free Malaysia Today semalam melaporkan Presiden Persatuan Peguam Katolik (CLS) Kuala Lumpur Godfrey Thomas Fernandez berkata, audio itu dirakam pada tahun 2014.

Menurut Godfrey, audio berkenaan memetik ucapan Julian secara luar konteks untuk menggambarkan ketua paderi itu sebagai mempunyai suatu ‘rancangan 25 tahun’ di Malaysia.

Katanya, video itu disunting sebegitu dengan niat untuk mengancam keamanan dan keharmonian antara penganut pelbagai agama.

“Bagi melindungi kesucian Gereja Katolik di Malaysia dan Ketua Biskop Julian Leow, CLS menyeru pihak berkuasa menyiasat video tersebut, pemilik laman Facebook terbabit, dan pembikin kenyataan-kenyataan yang mengapi-apikan, menghasut, dan menghina di laman itu,” kata Fernandez dalam kenyataan.

CLS mahukan siasatan dijalankan dari sudut jenayah menghasut, intimidasi, dan fitnah, dan berharap semua pihak dapat bekerjasama untuk menangani isu yang boleh mencetuskan konflik.

Dalam rakaman audio berdurasi empat minit yang disebarkan di media sosial,  kedengaran suara seorang lelaki berkata, beliau mendapat amanah daripada Paus untuk melaksanakan rancangan yang mengambil tempoh 25 tahun di Malaysia.

Rancangan itu dianalogikan seperti merebus katak dalam air panas dengan memasukkan katak itu dalam air sejuk kemudiannya dipanaskan secara perlahan-lahan sehingga tidak disedari oleh katak tersebut.

“Kita telah menyatukan semua orang, kita telah menjadi lebih lantang mengenai hak-hak kita dan saya rasa ianya bukan sekadar satu perkataan sahaja ‘perkataan A’ yang kita perjuangkan sekarang. Ini adalah hak-hak golongan mioriti, ini adalah memperjuangkan hak-hak golongan yang tidak mempunyai suara.

“Ini adalah untuk mempertahankan pandangan kita agar apa yang kita ada tidak diambil sedikit demi sedikit. Perlembagaan juga sedang diinterpretasikan semula, jika anda menyedari apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Jadi kita perlu memperjuangkan hak-hak kita, hak-hak generasi masa depan kita.

“Jika kita tahu mengenai analogi ‘katak dalam air mendidih’. Tahu atau tidak? Untuk yang tidak makan katak, saya perlu memberitahu anda, jika anda membaling seekor katak ke dalam air yang mendidih, katak itu akan terus melompat lari daripada air mendidih tersebut. Tetapi jika air tersebut mendidih perlahan-lahan dan darjah kepanasannya ditingkatkan satu demi satu, pada masa katak itu tersedar, ianya sudahpun separuh masak.

“Jadi ini yang sedang berlaku dalam negara kita. Proses Islamisasi secara perlahan-lahan saya rasa para kairah menyedari apa yang sedang berlaku. Jadi kita juga perlu begitu.

“Sebab itulah saya fikir Pope memilih saya kerana saya mempunyai 25 tahun untuk melaksanakan pelan saya mendidihkan air,” kata suara lelaki dalam audio tersebut.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button