Politik

Pembantu Syed Saddiq tuduh SPRM herdiknya

DALAM siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kehilangan RM250,000, seorang pembantu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dakwa diherdik pegawai ketika disoal siasat.

Bagaimanapun pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Norazlan Mohd. Razali menafikan pihaknya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Siti Nurul Hidayah Shaziman.

BACA > Dari Bebas masuk PKR kini Ahli Parlimen Lubok Antu sokong PN — Suara Merdeka

Beliau berkata, pembantu bekas menteri itu cuba mengada-adakan cerita apabila mendakwa diherdik dengan kata-kata kesat serta nyaris ditampar.

“Sebaliknya, sepanjang proses rakaman pernyataan dibuat, beliau telah ditemani dua pegawai wanita sepanjang masa.

“Kehadiran beliau adalah secara sukarela sebagai antara saksi utama yang memberikan keterangan penting dalam membantu SPRM menyiasat kes ini,” katanya dipetik portal Free Malaysia Today hari ini.

Terdahulu, Siti Nurul Hidayah mendakwa diherdik dengan kata-kata kesat seperti ‘babi’ dan ‘bodoh’ ketika disoal siasat pegawai SPRM.

BACA > Penjana mampu teruskan kelangsungan ekonomi rakyat — Suara Merdeka
BACA > Hanipa tuduh Muhyiddin takut? — Suara Merdeka

Malah, dakwanya lagi pegawai SPRM turut mengeluarkan kata-kata menghina kehidupannya kerana tidak puas hati dengan jawapan diberikan.

“Mereka meminta saya berdiri sebelah kaki dan angkat kedua tangan ke atas dan jika penat boleh tukar kaki yang lain.

“Sebelum itu mereka kata saya layak hidup sebatang kara disisih keluarga semata-mata tak puas hati dengan jawapan saya,” tuduhnya.

Pada 29 Mac lalu, Ahli Parlimen itu mendakwa kehilangan wang tunai berjumlah RM250,000 miliknya yang disimpan dalam peti besi di rumah.

BACA > Saya tidak ada masalah dengan Anwar, kata Tun M — Suara Merdeka
BACA > Bila Dr Mahathir tanya Anwar…alahai! sudah gaharu cendana pula — Suara Merdeka

Susulan itu, SPRM dilaporkan melakukan siasatan ke atas kehilangan wang tunai berkenaan selepas menerima aduan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button