Politik

Hanipa tuduh Muhyiddin takut?

DEMIKIAN dakwaan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang menuduh Perdana Menteri takut membentangkan pakej rangsangan ekonomi di Parlimen.

Berdasarkan kenyataan yang dipetik portal Malaysiakini melalui Facebook ‘Peguam Pas – Dulu’, Mohamed Hanipa cuba mengatakan pakej yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenepikan rakyat.

BACA > Warga emas ditahan ketika leka berjudi — Suara Merdeka

Menurutnya, kerajaan seolah-olah mengenepikan prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini apabila tidak membentangkan perbelanjaan besar negara di Dewan Rakyat.

“Dari rakyat kepada rakyat, tetapi tak pernah pergi Dewan Rakyat!

“Kasihan. Ketakutan menyelubungi beliau. Apa pun, dalam sistem demokrasi berparlimen, hendak isytihar apapun isytiharlah tetapi kena ingat mesti bagi Parlimen lulus,” katanya.

Bagaimanapun, dalam keadaan seluruh negara yang menghadapi tekanan ekonomi, jika dibahaskan pasti akan lambat diterima rakyat.

Berdasarkan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang begitu terang-terangan menghentam dan menolak pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, pasti sukar untuk rakyat menerima bantuan.

Dalam situasi negara tertekan dengan kesan ekonomi akibat daripada serangan pandemik Koronavirus (Covid-19), rakyat pasti mahukan bantuan segera supaya kelangsungan hidup boleh diteruskan.

BACA > Saya tidak ada masalah dengan Anwar, kata Tun M — Suara Merdeka
BACA > Dari Bebas masuk PKR kini Ahli Parlimen Lubok Antu sokong PN — Suara Merdeka

Kenyataan Mohamed Hanipa itu seolah-olah merendah-rendahkan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dalam mana-mana negara yang maju demokrasinya sesebuah kerajaan tak akan boleh biarkan walau satu pakej wang negara dibiarkan untuk dilaungkan dan dibelanjakan tak ketahuan tanpa dapat restu Parlimen.

“Kerajaan ‘tebuk atap’ kata akan terbitkan sukuk prihatin bernilai RM 500juta dengan tema ‘daripada rakyat, kepada rakyat’, tetapi tak pernah pergi Dewan Rakyat!” tempelaknya.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 bilion bagi merangsang semula ekonomi dalam jangka masa pendek.

Menerusi pakej yang dinamakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), 40 inisiatif bakal dilaksana meliputi tiga teras utama.

Teras tersebut adalah, memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Pakej tersebut juga merupakan tambahan perbelanjaan negara daripada Pakej Rangasangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang bernilai RM260 bilion.

BACA > Penjana: RM9 bilion untuk halang pengangguran — Suara Merdeka
BACA > Penjana mampu teruskan kelangsungan ekonomi rakyat — Suara Merdeka

Pada peringkat awal serangan pandemik, kerajaan PH ketika dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengumumkan pakej bernilai RM20 bilion. – SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button