Jenayah

Pembantu Syed Saddiq dakwa pegawai SPRM suruh berdiri satu kaki

Seorang pembantu peribadi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyuruhnya berdiri sebelah kaki dan angkat kedua tangan ke atas dan jika penat boleh tukar ke kaki yang lain  ketika disoal siasat.

Siti Nurul Hidayah dalam sidang media semalam juga mendakwa pegawai yang menyiasatnya mengherdik dan menggelarnya babi dan bodoh.

Wanita itu juga mendakwa, ketika disoal siasat sebagai saksi dalam kes kehilangan RM250,000 di rumah bekas menteri itu seorang pegawai SPRM hampir menamparnya dan seorang lagi menyepak kerusi yang didudukinya dengan kuat.

“Mereka juga katakan saya layak hidup sebatang kara disisih keluarga semata-mata tak puas hati dengan jawapan saya.

Siti berkata, beliau juga tidak dibenarkan berjumpa peguam selepas tidak selesa dengan layanan pegawai SPRM yang menyoal siasatnya.

Beberapa pemimpin Armada kini menjadi perhatian SPRM susulan kehilangan wang di rumah Syed Saddiq.Syed Saddiq sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.

Syed Saddiq mendakwa, wang itu sebahagian besar untuk pengubahsuaian rumah dan bagi tujuan peribadi.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali menafikan dakwaan Siti. dalam satu kenyataan Norazlan berkata, sepanjang proses rakaman pernyataan dibuat,  Siti Nurul Hidayah  telah ditemani dua pegawai wanita sepanjang masa.
“Kehadiran beliau adalah secara sukarela sebagai antara saksi utama yang telah memberikan keterangan penting dalam membantu SPRM menyiasat kes ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button