HiburanNegeri

Pemangku Raja, Raja Puan Muda Perlis saksi pementasan “The Khon”

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menerima undangan berangkat menyaksikan persembahan pentas berjudul ‘The Khon Performance: The Episode Of Building A Causeway To Lanka’ di President Hall, Prince of Songkla University, Kampus Pattani, Thailand.

Keberangkatan tiba Baginda berdua ke program anjuran The Pattani Khon Youth Group itu disambut oleh Penaung penganjuran, Senator Datuk Anusart Suwanmongkol.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar bersama tetamu kehormat dan penganjur pada pementasan The Khorn di Univercity of Songkla University, Kampus Pattani, Thailand.

The Pattani Khon Youth Group ini merupakan sebuah kumpulan melibatkan golongan pelajar dari ‘Southern Border Provinces’ yang memang terkenal dengan pementasan drama dan kebudayaan tradisional Thailand yang dikenali sebagai ‘Khon’.

The Khon Performance ini dianjurkan bagi mempersembahkan penghormatan kepada Permaisuri Sirikit yang mana para tetamu majoritinya hadir memakai baju atau pakaian berwarna biru dan biasanya ia dilangsungkan dalam bulan Ogos pada setiap tahun.

Khon ini merupakan drama tarian bertopeng klasik negara Thailand. Dari segi sejarahnya ia telah dilakukan sejak zaman Ayutthaya lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan pelajarPrince of Songkla University, Kampus Pattani, Thailand yang terlibat dalam pementasan.

Secara tradisinya ia dipersembahkan di Istana Diraja oleh lelaki bertopeng diiringi oleh pencerita dan orkestra tradisional Pipat.

Persembahan kali ini dilaksanakan secara ’scene-by-scene’ yang dibahagikan kepada tajuk ‘At Rama’s Pavilion’, ‘Front-curtain dance’, ‘The Sea Shore’, ‘Rama’s Pavilion’, ‘The Lanka Audience Hall’, dan ‘The Lanka Camp’ yang melibatkan kira-kira 90 peserta termasuk pemuzik.

Di akhir majlis Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyempurnakan penyampaian berupa sejambak bunga sebagai penghargaan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bertemu pelajar Prince of Songkla University, Kampus Pattani, Thailand.

Ia diberikan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Thailand dari Bangkok, Yuthika Isarangkura Na Ayutthaya; Gabenor Wilayah Pattani, Patimoh SadeeYamu,; serta Nontawat Khongmoh dan Petcharin Samlee Moung yang mewakili para peserta persembahan Khon berkenaan.

Pemangku Raja Perlis menzahirkan rasa teruja dengan persembahan yang memukau para tetamu yang hadir.

Baginda yakin persembahan kebudayaan seperti ini di Thailand akan kekal berterusan dari satu generasi ke generasi yang lain. – SM

BACA Pemangku Raja Perlis terima mengadap Konsul Jeneral Songkhla baharu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button