Agama

Pemangku Raja Perlis, Raja Puan Muda selamat pulang selepas menunaikan haji

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta usrah keluarga selamat berangkat pulang dari Tanah Suci pada semalam.

Menyertai Baginda berdua, paduka anakanda Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail serta Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail selamat menunaikan manasik haji dengan sempurna.

Baginda berangkat dari Malaysia pada 9 Jun 2024, dan selamat tiba di Terminal Haji Madinatul Hujjaj Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah dan Isteri, Datin Zuhaila Abd Latif.

Turut menyambut keberangkatan Baginda berdua adalah Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif dan Isteri Farzana Mohamed Yusof.

Sejurus tiba di Jeddah, Baginda berdua dan keluarga berangkat ke penginapan di Hayyu Aziziah, Mekkah disambut Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji, yang juga merupakan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Isteri, Datin Sri Junaida Ahmad bersama-sama wakil daripada MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.

Baginda kemudian berangkat ke Mina pada ‘Hari Tarwiyah’ sebelum meneruskan safar haji melaksanakan Ibadah Wuquf di Arafah pada 9 Zulhijjah selari dengan manasik haji yang diajarkan Rasulullah SAW.

Rombongan kemudiannya berangkat melaksanakan ‘Mabit’ di Muzdalifah dan selanjutnya melontar jamrah ‘aqabah sebelum ‘bertahallul awal’ pada tanggal 10 Zulhijjah.

Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda selanjutnya melaksanakan Mabit di Bumi Mina pada tanggal 11 dan 12 Zulhijjah serta melaksanakan lontar di Jamaratul ‘Sughra’, ‘Wusta’ dan ‘Kubra’ selanjutnya memilih untuk nafar awal dan berangkat ke Mekah untuk menunaikan ‘Tawaf Ifadah’ dan ‘Sa’e’ antara Safwa dan Marwa.

Didoakan kepada Baginda Berdua serta seluruh Usrah Kerabat dikurniakan haji yang mabrur dan segala amalan diterima Allah serta harapan dimaqbulkan.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah dan isteri hadir di Bilik Orang Kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah bagi mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Baginda dan seisi keluarga .

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button