PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar, petang semalam.
Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan isteri serta seluruh kepimpinan kerajaan negeri.
Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda berkenan berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, solat Isyaq dan solat Terawih secara berjamaah dengan hadirin.
Turut diadakan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. – SM
BACA Bantuan iftar ukir senyuman di wajah kanak-kanak
BACA Puteri Sharifah Khatreena berangkat menyempurnakan program “Iftar Soimin MAIPs”