NasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis dirai Somkeart Ponprayoon di Pattani

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan hadiri Majlis Makan Malam bersama Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand, Rear Admiral Somkeart Ponprayoon di Jabantikor Room, CS Pattani Hotel, Pattani, Thailand, semalam.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh hos majlis iaitu Senator Datuk Anusart Suwanmongkol.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan dengan Somkeart Ponprayoon (dua dari kiri) dan para tetamu ketika Baginda diraikan dalam majlis Makan Malam di CS Pattani Hotel, Pattani, Thailand.

Hadir sama, Timbalan Gabenor Pattani, Trakul Thotham, Komander Pasukan Petugas Pattani, Mejar Jeneral Kachornsak Inthong, Ketua Polis Wilayah Pattani, Pol Maj Jen Archan Chansiri dan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Dr Abdulrahman Daud.

Pemangku Raja dan Raja Puan Muda berada di wilayah Pattani untuk menyaksikan persembahan pementasan berjudul ‘The Khon Performance: The Episode Of Building A Causeway To Lanka’ di President Hall, Prince of Songkla University, Kampus Pattani.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen tertarik dengan persembahan pelajar ketika diraikan dalam majlis Makan Malam di CS Pattani Hotel, Pattani, Thailand.

Pelbagai kerjasama strategik telah dijalankan antara Negeri Perlis melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan enam Wilayah Andaman di Thailand sebelum ini seperti Satun, Trang, Krabi, Phuket, Phang Nga dan Ranong di bawah naungan Baginda selaku Yang DiPertua MAIPs.

Majlis ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomasi antara negeri Perlis dan Pattani untuk jangka masa pendek dan panjang dalam yang boleh mencakupi bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan keagamaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button