KemalanganNasional

Pemandu sawan rempuh pejalan kaki, tujuh kenderaan termasuk motosikal

MALANG tidak berbau. Seorang wanita yang tiba-tiba diserang sawan gagal mengawal kereta dipandunya sehingga merempuh tujuh kenderaan dan mengakibatkan seorang pejalan kaki cedera.

Kejadian di Jalan Permata 4, Pekan Nanas, Johor, pada pukul 7.10 pagi tadi membabitkan lima motosikal dan dua kereta yang diletakkan di bahu jalan berhampiran dua kedai makan.

Ketua Polis Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata, pemandu kereta jenis Toyota Vios, Siti Faraisyah Mahfoz, 25, bagaimanapun terselamat Cuma kenderaannya terbalik.

“Ketika melalui kawasan tersebut, Siti Faraisyah yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya mengalami sawan.

“Dia hilang kawalan lalu melanggar seorang pejalan kaki yang dikenali sebagai Zahara sebelum merempuh kenderaan lain,” katanya.

Beliau berkata, Zahara yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di kawasan tersebut mengalami kecederaan di bahagian leher dan dihantar ke Hospital Pontian.

Shofee berkata, dua motosikal yang dirempuh rosak manakala yang lain pada bahagian belakang dan sisi kanan sementara sebuah kereta rosak seluruh bahagian.

Katanya lagi, ketika kejadian semua pemilik kereta dan motosikal terlibat sedang atau selesai menikmati sarapan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pekan Nanas dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan Siti Faraisyah dari dalam kereta yang terbalik dan dihantar ke Hospital Pontian untuk rawatan. – SUMBER UTUSAN MALAYSIA – SM

BACA 11 pemandu langgar lampu merah antara 41 disaman JPJ Perlis

BACA Pemandu lori maut dihempap balak

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button