KemalanganNasional

Pemandu lori maut tersepit bawah treler

Seorang pemandu maut akibat tersepit di bawah treler dipandunya dalam kemalangan di KM448.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Rawang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, treler dipandu lelaki tempatan berusia 28 tahun itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

Katanya, sepasukan anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.41 pagi tadi.

“Kami mengambil masa beberapa minit bagi mengeluarkan mangsa tersepit di bawah kenderaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya sambil menambah mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – SM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button