Sukan

Pemain import baharu Hijau Kuning sudah sampai

PEMAIN kebangsaan Lubanan, Rabih Ataya yang menjadi import baharu Kedah Darul Aman FC (KDAFC) telah tiba  di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar hari ini.

Memetik laporan BH Online Rabih yang bakal mengisi kuota Asia tiba bersama isteri dan dua anaknya, disambut oleh beberapa penyokong skuad Lang Merah.

Pemain itu difahamkan diikat KDAFC pada November lalu, kelihatan ceria dan bersemangat ketika ditemui sebaik menjejakkan kaki di Kedah.

“Kedah adalah antara pasukan yang kuat dalam saingan musim depan. Saya berharap dapat memberi aksi terbaik dan mahu meraih kejuaraan bersama ini.

“Saya kini bersedia memulakan latihan selepas dua bulan berehat dan esok saya akan menjalani latihan. Pulun Kedah Pulun.” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button