Peluang memperluaskan perniagaan bakeri dari rumah
ANCHOR Start Up – Platform pembelajaran dalam talian yang pertama seumpamanya bagi pembuat roti dan pastri dari rumah akan dilancarkan bersama dengan Kuali, rangkaian makanan oleh Kumpulan Media Star hari ini.
Menampilkan kursus mengenai topik-topik seperti proses pembuatan roti sehingga merangka strategi dalam menguruskan perniagaan bakeri, platform ini boleh diakses menerusi pautan https://startup.kuali.com.
“Di Anchor Food Professionals, misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada perniagaanmakanan dan minuman, termasuklah juga perniagaan bakeri dari rumah. Semasa pandemik, kami telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyokong dan memperkasakan bisnes bakeri dari rumah untuk perkembangan yang mampan.
Dengan Start Up, pembuat roti dan pastri boleh meningkatkan prestasi perniagaan mereka melalui set kemahiran khusus yang dipelajari sambil mewujudkan kelebihan daya saing sesama sendiri dan meningkatkan lagi proses penjualan menerusi senarai platform di The Batter Place.
“Inisiatif ini adalah salah satu cara para pembuat roti dan pastri untuk memperluaskan kemahiran untuk maju ke hadapan, dan kami percaya ia akan memberi kesan pemangkin kepada komuniti ini di Malaysia”, kata Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia.
Platform yang boleh diaskses secara awam ini didirikan tepat pada masanya untuk memajukan lagi perusahaan kecil dan mikro dalam industri pembuatan roti dan pastri yang telah terjejas akibat impak pandemik.
Sejak tahun 2020, pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Kuali dan Anchor termasuklah buletin untuk pembuat roti dan pastri, peraduan membuat roti, siaran langsung demo masakan oleh Chef-chef Anchor Food Professional di Facebook dan webinar keusahawanan yang disampaikan oleh pakar industri dan influencer terkenal.
Selain daripada menambah ilmu baharu dalam memperkasakan perniagaan mereka – para pembuat roti dan pastri yang berdaftar dengan Start Up juga berpeluang untuk tampil di ‘The Batter Place’ – direktori tempatan percuma yang menghubungkan komuniti pembuat roti dan pastri dengan para pelanggan berdekatan.
Ia tersedia di laman web dan juga aplikasi, yang mampu memberi pendedahan meluas kepada para pembuat roti dan pastri untuk lebih diketahui melalui platform ini.
Pelancaran Start Up dan The Batter Place telah berlangsung semasa webinar mengenai bisnes bakeri – Bake and Make 3.0 yang dijalankan pada 1 Disember 2021 yang lalu.
Webinar tersebut telah mengumpulkan barisan pakar industri ini dan influencer. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.kuali.com/kuali-bakers-programme/.