Hiburan

Pelakon Spider Man dikatakan sedang jalin hubungan bersama model berdarah Malaysia?

PELAKON terkenal dari dari Amerika Syarikat, Maguire, 49,dikatakan sedang menjalin hubungan bersama seorang model dari Malaysia.

Menurut The Star, pelakon yang popular membawakan watak Spider Man bersama wanita bernama  Lily Chee, 20, itu mula rapat di satu majlis yang dianjurkan oleh seorang jutawan Micheal Rubin pada minggu lalu.

Ramai yang terkejut dengan berita itu kerana perbezaan umur antara mereka adalah 29 tahun, lebih-lebih lagi Maguire mempunyai seorang anak perempuan yang hanya tiga tahun lebih muda daripada Che.

Lily Chee mempunyai sejuta pengikut di media sosial, Instagram dan Tiktok. Ayahnya merupakan warga Malaysia berketuruna cina manakala ibunya dari warga Ireland, Lily juga pernah berkecimpung dalam bidang lakonan dan membintangi siri Daredevil dan drama perubatan di New Amsterdam

Untuk maklumat Bintang Spider-Man itu telah berkahwin dengan Jennifer Meyer selama 10 tahun antara 2007 hingga 2017 dan mempunyai dua anak – Ruby, 17 dan Otis, 15.

Artikle Berkaitan :>

ALVN artis bukan Melayu boleh tembusi pasaran hiburan Malaysia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button