NasionalNegeriPendidikan

Pelajar Uzbekistan dipelawa pilih dua pusat pengajian di Perlis – Raja Muda

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, para pelajar dari Uzbekistan dialu-alukan untuk kembali memilih dua pusat pengajian di Perlis ekoran kejayaan melahirkan puluhan graduan dari negara ini sebelum pandemik Covid-19.

Baginda bertitah, mereka yang layak termasuklah para pelajar dari Wilayah Samarkand boleh mendaftarkan diri sama ada di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah berjaya melahirkan graduan setiap tahun dari Uzbekistan dan juga Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sebelum era pandemik.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika berkenan menerima mengadap delegasi daripada Pejabat Pentadbiran Wilayah Samarkand dari Uzbekistan di Galeri DiRaja Arau.

Delegasi seramai tujuh orang tersebut diketuai oleh Timbalan Gabenor Wilayah Samarkand, Kobilov Rustam Rajabboyevich.

Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah Ketua Mufti dan Imam, Eshonkulov Zayniddin dan Ketua Jabatan Pelancongan dan Warisan Kebudayaan Akhmedov Makhmud Mukhamadovich.

Hadir sama, Rektor Sekolah Tinggi Sains Hadith Yusupov Olimxon dan Pegawai di Kedutaan Besar Uzbekistan di Kuala Lumpur, Elbek Saidov.

Pada kesempatan yang sama Kobilov Rustam yang ketika berada selama dua hari dan satu malam di Perlis ini memuji inisiatif mampan yang telah dilaksanakan oleh Raja Muda melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Katannya, Baginda telah mengubah landskap dan gaya hidup masyarakat setempat di dalam kawasan Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis dengan jayanya.

Beliau yakin lokasi menarik tersebut boleh diketengahkan sebagai satu produk pelancongan baru yang menarik di negara ini.

Bagaimanapun katanya, ia memerlukan sokongan padu daripada semua pihak terutama sekali masyarakat setempat untuk memastikan kawasan masing-masing kekal bersih, ceria dan mesra pengunjung pada setiap masa. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button