JenayahNasional

Pelajar Tingkatan 2 ditahan disyaki buang bayi

Seorang pelajar Tingkatan 2 ditahan selepas disyaki membuang bayi baru lahir dalam semak di kawasan perumahan Bandar Baru Samariang, Kuching.

Ketua Polis Kuching, Ahsmon Bajah, berkata remaja perempuan berusia 14 tahun itu ditahan 8 malam tadi di kawasan Matang.

“Dia ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, Ahsmon berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan bayi perempuan daripada orang awam kira-kira 9 pagi semalam.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menggerakkan anggota ke lokasi dan mendapati bayi berkenaan masih hidup serta dalam keadaan sihat.

“Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, video penemuan tersebut tular di media sosial, menunjukkan bayi itu masih hidup dan bertali pusat.

Difahamkan, bayi berkenaan ditemukan dalam beg plastik selepas penduduk mendengar tangisannya.

Seorang wanita kelihatan memegang dan membawa bayi itu ke sebuah kedai makan berhampiran, dengan orang ramai yang prihatin membantu membersihkannya. – SM

BACA Mayat bayi cukup sifat dibuang dalam tong sampah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button