Nasional

Pelajar Malaysia di Wuhan rayu dibawa pulang ke tanah air

78 rakyat Malaysia terperangkap di Wuhan

PELAJAR Universiti Geoscience di Wuhan, China, Ivan Yeo Zhi Yu yang merupakan warganegara Malaysia yang terperangkap di asrama kampus university, merayu dibawa pulang ke Malaysia ekoran epidemik coronavirus yang melanda wilayah tersebut.

Ivan anak jati Bintulu, Sarawak memberitahu, sudah seminggu dia tidak keluar daripada asrama universitinya kerana bimbang dan takut akan penularan virus tersebut.

Walaupun pihak Kedutaan Malaysia di China ada memberi bekalan makanan namun kata Ivan, dia hanya dapat mi segera sahaja.

Katanya dalam satu wawancara bersama Astro Awani menerusi perbualan telefon, dia terpaksa meredah bandar Wuhan bagi mendapatkan bekalan makanan kerana system penghantaran makanan pada ketikaini telah dihentikan.

“Dahulu Wuhan dihuni berjuta penduduk tetapi selepas virus tersebar, bukan sahaja bandar ini lenggang tetapi mereka menyekat kemasukan produk dari luar kerana ia melibatkan penularan virus.

“Buat masa kini tidak ada barangan dari luar yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam asrama kami,” katanya.

Ivan mengakui, dia merasa takut, cemas dan khuatir dengan keadaan yang berlaku dan berharap dapat pulang ke Malaysia walaupun kepulangannya perlu dikuarantin.

“Ya, saya sanggup dikuarantin asalkan di hospital di Malaysia. Bukan terperangkap dalam dorm asrama di university,” katanya yang sering dihubungi ahli keluarga yang jauh.

Ivan berkata, walaupun dia diminta bersabar namun selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan semula penarafan iaitu tahap tertinggi di China, dia dan rakyat Malaysia yang berada di Wuhan tidak dapat menghilangkan rasa risau dan takut.

“Mereka meminta saya agar terus bersabar dan bertenang, jangan risau dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya, saya amat risau terhadap segala yang berlaku,” ujarnya.

Sama ada Ivan akan dibawa pulang oleh Kerajaan Malaysia atau akan terus berada di kampus universitinya, dia menggantung harapan penuh agar dapat pulang ke tanah air.

Seperkara lagi, kata Ivan, dia mahu kerajaan terus memaklumkan kepadanya dan rakyat Malaysia di Wuhan tentang situasi semasa.

“Saya berharap kerajaan dapat mengambil langkah berjaga-jaga terhadap warga China yang pergi ke Malaysia,” katanya yang terperangkap di Wuhan bersama 78 orang warganegara Malaysia yang lain dan terdiri dalam kalangan pelajar, golongan professional beserta ahli keluarga mereka. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button