NegeriPendidikanRencah Hidup

Pelajar KUIPs buat bubur lambuk untuk edaran percuma

PELAJAR Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) “turun padang” untuk bersama-sama bergotong-royong membuat bubur lambuk yang cukup sinonim dengan bulan Ramadan.

Hasil kerjasama ini, sebanyak 200 bekas bubur lambuk telah berjaya disediakan untuk diedarkan kepada warga kampus dan juga penduduk sekitar.

Wakil MPP, Amer Maslan Abdullah memberikan bubur lambuk kepada anggota Rela yang bertugas. – Gambar Ihsan KUIPs

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)nya, Roshaizam Izuddin Roslan Abd Ghani berkata, penyediaan bubur lambuk ini hasil sumbangan pelajar dan juga orang ramai.

Katanya, sebelum mereka menyediakan nasi dan lauk untuk bersahur.

“Hasil perbincangan bersama akhirnya keputusannya membuat bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga KUIPs dan orang ramai,” katanya.

“Memberi makan kepada orang yang berpuasa walaupun hanya dengan sebiji tamar atau segelas air kepada seorang yang berpuasa sunat, maka dia mendapat pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa tersebut,” ujarnya.

Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‎مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut. (HR. al-Tirmidhi)

Katanya, semoga semua pihak yang memberi sokongan dalam program ini akan menikmati pahala nanti.

Pelajar KUIPs termasuk antarabangsa memasak bubur lambuk untuk diagihkan. – Gambar Ihsan KUIPs

Roshaizam Izuddin bersama rakan-rakan MPP juga mendapat kerjasama dari peniaga berhampiran kampus, Norlinda Abd Kadir 47 yang kebetulan ibu kepada pelajar kampus ini juga bagi membuat bubur lambuk.

Kesemua bubur lambuk itu diagihkan kepada pelajar, staf dan penduduk di Pauh dan Kuala Perlis. – SM

BACA MPP KUIPs bantu mangsa kebakaran di Kampung Seberang Alor

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button