Luar Negara

Pelajar hilang kaki angkara makan lebihan makanan

SEORANG pelajar di United Kingdom (UK) kehilangan kaki dan mengalami jangkitan kuman selepas makan makanan yang dibawa pulang oleh rakannya.

Lelaki tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai JC, memakan hidangan mi ayam yang dibawa pulang oleh rakannya pada malam sebelum berlakunya kejadian itu tidak diingini itu.

Menurut New England Journal of Medicine (NEJM), selepas JC selesai makan mi segera, dia terus sakit dan suhu badan jadi sangat tinggi dengan kadar denyutan jantung 166 denyutan seminit semasa dia dibawa ke hospiral.

Lelaki tersebut dipercayai tidak mempunyai sebaran alahan dan dia telah mengambil semua vaksin semasa kanak-kanak.

“Keadaannya semakin teruk dan dia terpaksa dihantar ke hospital lain dengan helikopter untuk rawatan lanjut.

“20 jam sebelum makan mi ayam itu, JC sihat sahaja tetapi selepas dia makan nasi, ayam dan makanan yang bawa balik oleh rakannya, dia sakit perut dan loya,” katanya.

NEJM berkata, JC yang bekerja sambilan di sebuah restoren tidak mempunyai rekod mengembara terkini dan tidak mempunyai sebarang pendedah kepada haiwan atau orang yang sakit.

Katanya lagi, lima jam sebelum JC ke hospital, telah berlaku perubahan warna keunguan pada kulitnya dan rakannya dengan segera membawa JC ke unit kecemasan hospital.

“JC disahkan mengalami jangkitan kuman agresif yang menyebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi dan darah mula membeku,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button