BeritaNasional

Pekerja Indonesia tertekan dipukul majikan

SEORANG lelaki warga Indonesia terpaksa menanggung kesakitan di kepala dipercayai akibat dipukul majikannya di Selangor.

Menerusi status yang dimuatnaik dalam Facebook, Hapipuddin Nasution bekerja dekat sebuah kebun milik orang tempatan mendakwa dipukul dikepalanya sehingga terpaksa menerima tujuh jahitan.

[BACA] WWE terpaksa berhentikan bintangnya, setelah tidak mampu bayar gaji — Suara Merdeka

Berdasarkan kenyataannya, dia terpaksa bekerja sebagai tukang kebun dekat sebuah daerah di Selangor selepas visanya tamat tempoh.

Akibat daripada itu, dia turut mendakwa majikannya mengambil kesempatan dengan tidak membayar gaji sebaliknya hanya memberi komisyen sebagai pendapatan harian.

Sebelum kejadian, pada dua hari lalu, dia juga mendakwa meminjam wang daripada majikannya untuk dikirimkan kepada keluarga di kampung (Jakarta).

“Saya tenaga kerja Indonesia (TKI) yang visa sudah mati dan mempunyai masalah dengan majikan. Saya bekerja di salah satu kebun sayur dalam daerah di Selangor.

“Jadi tidak ada gaji, hanya makan persen (komisyen). Lalu pada 2 April, saya meminjam RM1,500 untuk mengirim ke kampung untuk anak isteri dan bayi berusia dua bulan.

“Lalu saya mendapat kekerasan sama majikan sehingga kepala saya luka kena tujuh jahitan. Dan semenjak kejadian tersebut, sehingga kini majikan tidak mahu bertanggungjawab,” katanya.

[BACA] PKP: Pertimbangkan bantuan khas peniaga terjejas bazar Ramadan — Suara Merdeka
[BACA] Tempoh reman pegawai polis disyaki rogol dua wanita Mongolia dilanjutkan — Suara Merdeka

Oleh demikian, Hapipuddin pernah merujuk kesnya di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur. Bagaimanapun jawapan yang diterima menghampakannya.

Katanya, pihak kedutaan tidak dapat membantu kerana visa sudah tamat tempoh.

Sebaliknya dia dinasihatkan supaya membuat laporan di balai polis. Namun dia enggan berbuat demikian kerana khuatir ditahan akibat visanya yang tamat tempoh.

“Mereka tidak dapat bantu saya. Malah saya disuruh buat laporan polis. Jadi saya mohon bantuan rakan-rakan apakah yang boleh saya lakukan. Saya mohon bantuan rakan-rakan,” luahnya.

Dalam pada itu, status Hapipuddin itu mendapat reaksi ramai rakan-rakan warga Indonesia yang berada di negara ini.

“Saudara jika ada bukti, pergi sahaja ke balai dan beritahu apa yang terjadi sebenarnya. Itu jalan terbaik,” nasihat Mia Elliana.

“Caya yang sebenarnya, anda harus pergi ke balai polis buat laporan. Kemudian bawa salinan laporan ke kedutaan, barulah mereka boleh ambil tindakan,” cadang Surya Pagi.

Malah ada juga rakan-rakan yang menasihatkan supaya mencari pekerjaan lain jika dia takut untuk membuat laporan polis.

[BACA] Teresa gembira menteri PN teruskan dasar tanam pokok buluh — Suara Merdeka
[BACA] Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham buku untuk ‘budak bertatih’ — Suara Merdeka

“Ini lah risikonya, kalau tiada permit kedutaan tidak boleh bantu. Pasrah sahaja pada tuhan, cari kerja lain,” komen Kumbang Kupi.

“Selagi perbuatan kita masih di jalan Allah, jangan takut saudaraku. Biar miskin tetapi masih punya harga diri,” luah Beby Dani Adliansyah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button