Pekerja berbasikal ke tempat kerja diberi elaun
TANGGAL 1 Mei kelmarin adalah cuti umum sempena sambutan Hari Pekerja. Ramai yang mengambil kesempatan sambung lagi cuti Aidilfitri.
Sejak kelmarin, khabarnya Belgium akan membayar elaun kepada pekerja berbasikal ke tempat kerja.
Wah! Menarik kerana berbasikal di Belgium, cuacanya nyaman, sejuk dan tidaklah panas terik macam yang dialami di Malaysia.
Tak boleh nak bayangkan kalau terdedah di bawah panas terik, boleh terkena strok haba dan dehidrasi.
Persoalannya, mungkinkah kalau cuaca di Malaysia ini ala-ala macam di Belgium, rakyat negara ini yang berbasikal ke tempat kerja, Kerajaan Perpaduan bayar tak elaun seperti yang dilakukan oleh Belgium?
Bayaran elaun di Belgium sebahagian daripada perjanjian dibuat firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari lalu.
Mereka yang berbasikal ke tempat kerja akan menerima elaun €0.27 (USD0.30) setiap kilometer yang dikecualikan cukai dan tertakluk kepada pelarasan tahunan mengikut inflasi.
Had harian untuk elaun ditetapkan pada 40km, dengan bayaran dibuat setiap bulan bersama gaji tetap.
Selain basikal konvensional, pemberian elaun itu juga terpakai kepada penggunaan e-basikal dan “speed pedelec”.
Berbasikal kini bukan sahaja sebagai salah satu kaedah untuk beriadah di samping menjadi amalan gaya hidup sihat. – SM
BACA Labur RM100,000 miliki basikal klasik
BACA Yayasan Sime Darby peruntukkan RM2.7 juta untuk bangunkan sukan basikal