Nasional

Peguan Najib, Muhammad Shafee dikuarantin kerana COVID-19

PEGUAM bela Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terpaksa dikuarantin kerana dipercayai membuat kontak rapat dengan salah seorang ahli keluarganya yang disyaki dijangkiti COVID-19.

Oleh itu, Muhammad Sahfee juga dijangkiti virus yang menjadi pendamik itu dan sekaligus menyebabkan kes perbicaraan bekas Perdana Menteri terpaksa ditangguhkan.

Keputusan penangguhan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bersidang, Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Jika mengikut jadual asal, prosiding perbicaraan kes Najib sepatutnya bersambung semalam yang merupakan masuk hari ke-35.

Permohonan penangguhan kes dibuat oleh pihak pembelaan dan mahkamah akan memutuskan satu tarikh yang masih belum dipastikan lagi, bilakah prosiding perbicaraan itu akan bersambung.

Walau bagaimanapun, Hakim Collin Lawrence mengarahkan pasukan pembelaan agar menyerahkan surat pengesahan kemasukan adik ipar Muhammad Shafee ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Surat kuarantin yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada peguam itu perlu diserahkan kepada mahkamah selewat-lewatnya pagi ini.

Memetik laporan ASTRO Awani, sekiranya Muhammad Shafee gagal menyerahkan kedua-dua dokumen berkenaan, Collin Lawrence berkata, mahkamah akan bersidang sambung bicara seperti biasa.

Terdahulu, peguam Noor Farhah Mustaffa yang mewakili Muhammad Shafee memberitahu mahkamah anak guamnya itu dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk melengkapkan kuarantin selama 14 hari di rumah.

Muhammad Shafee disyaki dijangkiti COVID-19 selepas beliau mempunyai kontak rapat dengan adik iparnya yang disyaki dijangkiti COVID-19 dalam satu manjlis kenduri di rumahnya di Bukit Tunku, Sabtu lalu.

“Tan Sri (Muhammad Shafee) menerima panggilan daripada isterinya pada pukul 12 tengah hari tadi dan dimaklumkan perkara itu,” katanya.

Noor Farhah juga menambah, kesemua 11 orang pekerja agensi kerajaan, tempat adik ipar peguam itu bekerja termasuk individu yang telah disahkan positif COVID-19 dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Sebagai rekod, Najib berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika itu, untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB ).

Beliau juga berhadapan dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014.

Manakala bagi semua pertuduhan pengubahan wang haram, dilakukan antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013 di lokasi yang sama.

Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Najib yang juga bekas menteri kewangan, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button