Nasional

Pegawai Kanan Polis Main TikTok Ketika Live Bukan Satu Kesalahan Besar?

Dua tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, boleh dikatakan hampir kesemua anggota Polis Diraja Malaysia (PRDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR).

Dalam sebuah SJR, pernah tular satu video yang memaparkan seorang anggota PDRM berjantina wanita merakam aksi dirinya berjoget lalu memuat naik ke aplikasi TikTok untuk meraih tontonan dan pujian.

Ekoran kekecohan peristiwa itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador cuma berkata kepada media, tindakan tersebut memang tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan sahaja.

@suaramerdekamy

Ia cuma tidak sesuai dan boleh cemarkan imej pasukan, bukannya salah besar?

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Tahun ini dalam bulan Ramadan yang mulia, negara sekali lagi digemparkan dengan tindakan seorang pegawai kanan polis yang menggunakan nama Nid Adam dan membuat live ketika operasi.

Ramai netizen yang mempersoalkan tindakan Nid Adam yang juga merupakan pengasas kepada Aryana Uniform adakah pegawai PDRM boleh menyiarkan siaran langsung demi views dan gifts?

Nid Adam dalam sedutan siaran langsung itu, Nid Adam teruja kerana hanya dengan menyiarkan tempat serbuan mereka, siaran langsungnya di TikTok mendapat sehingga 1,400 tontonan.

Bagi Nid Adam, ini adalah kali pertama siaran langsungnya mendapat tontonan yang agak ramai dan Nid Adam seperti mempertahankan tindakannya itu bukan bercanggah dengan mana-mana peraturan.

Dalam masa sama, Nid Adam yang masih menyarungkan uniform dengan perkataan PDRM galak mengajak netizen untuk terus mengikutinya sehingga berjaya mencapai 100 ribu pengikut.

Berikut adalah sedutan siaran langsung Nid Adam dan perkataan-perkataan yang disebutnya yang tular di Twitter:

Apa pandangan anda sebagai rakyat Malaysia? Buat live ketika TikTok bukan satu kesalahan dan jika benar ia satu kesalahan, tindakan ini jatuh pada akta yang mana?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button