Nasional

Pegawai Imigresen ditahan minta rasuah RM3,000

SEORANG pegawai imigresen ditahan kerana meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM3,000.

Menurut sumber, pegawai tersebut ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kira-kira pukul 2 petang tadi.

“Suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu bertugas di pejabat Imigresen Putrajaya.

“Suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang individu bagi meluluskan perlanjutan permit pekerja asingnya yang telah tamat tempoh,” katanya kepada Suara Merdeka.

BACA> SPRM ‘jumpa’ TKM dan pemimpin kerajaan Pulau Pinang esok

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Menurut Alias, kes disiasat dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok pada pukul 9 pagi untuk permohonan reman. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button