Nama Air Selangor patut ditukar jadi Gangguan
BUKAN sekali, bukan dua kali tetapi empat kali dalam tempoh dua bulan air terputus di negeri paling maju di Malaysia.
Purata penduduk di Lembah Kelang berhadapan dengan masalah bekalan air ke kediaman masing-masing dua kali sebulan.
Bengang dengan masalah yang dialami yang berulang setiap tahun itu panduduk meluahkan rasa marah di Facebook Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Ada yang bertindak menyarankan agar nama Air Selangor yang dulunya dikenali sebagai Syabas ditukar kepada Gangguan disebabkan kerapnya bekalan air terputus.
“Oleh kerana syarikat ni tak begitu ‘Syabas’ nama dah ditukarkan ke ‘Air’ tetapi nama yang paling sesuai ialah “Gangguan”,” cadang Chee Yeong Lai.
“Baru tanya Pak Dukun yang memang handal bab-bab gangguan ni. Namakan hantu apa saja hantu raya ke saka ke. Tapi gangguan air ni je satu-satunya yang pak dukun ni tak boleh hadapi,” sindir Hezrin Masrom.
“Just finished one water problem. Now another. Air Selangor ada orang kerje ke tak? Ke semua orang tido ?” tanya Rokeshwar Hari Fas.
“Macam-macam la. Fed up. Bukan tak memahami tapi kes yg repeat sangat. Please la Air Selangor take action! Bayangkan yang stay rumah yang bertingkat-tingkat. Bukan senang nak amik air. Anak ramai (bayangkan),” luah Nur Ashikin Harn.
“Boleh meroyan la aku dibuatnya dengan kerenah air kat selangor ni. Dengan berpantang pun kena gagah tadah air. Syaitan betul perangai yang tak habis-habis kacau sungai ni,” kata Qaqaseh Diana.
“Bulan depan punya jadual janga lupa ya bagi tau sekali. Tahun 2021 punya jadual pun keluarkan sekali tau, tak ada air kan rancangan bulanan air Selangor. Aku tak nak bayar bil sampai hujung tahun ni. Dah la sejak-sejak tak ada air ni bil air tinggi. Kejadahnye ntah,” luah Eima Sallehuddin.
“Menteri besar terkejut tak dengan berita ni? Hari tu PKPB start dia terkejut, ni air tak ada ni terkejut tak eh? Dah tak boleh nak pergi mana-mana, air pulak tak ada. Bil jalan je aku tengok,” komen Markonah Aaliya.
Awal September lalu bekalan air terputus akibat pencemaran di Sungai Gong.
Bulan ini tiga kali, awal bulan ini akibat pencemaran di Sungai Semenyih, kemudian tiga hari lalu paip bocor mengakibatkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja-kerja pembaikan.
Hari ini Logi Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan kerana pencemaran. -SM