Nasional

Teruskan RUU IPCMC, atasi masalah rasuah dalam PDRM

RANG Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) 2019 digesa untuk diteruskan pembentangannya dan diluluskan.

Gesaan tersebut dibuat selepas pendedahan terhadap beberapa anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam melindungi sindiket kegiatan ‘macau scam’.

Ini kerana, penguatkuasaan Suruhanjaya Bebas Tingkah Laku Polis (IPCC) 2020 dilihat amat lemah dalam membendung jenayah tidak bermoral dalam kalangan pihak berkuasa itu.

Beberapa perkara dalam IPCC dilihat cukup lemah seperti kebenaran polis tidak menjawab soalan dalam siasatan salah laku.

Malah, IPCC juga membenarkan pegawai atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memepengaruhi dan campur tangan dalam siasatan salah laku.


“IPCMC bertujuan menyekat salah laku polis dan melindungi kepentingan awam, mempromosi integriti dalam pasukan polis, mengawal disiplin dan menasihati kerajaan berhubung penambahbaikan kebajikan dan kesejahteraan polis.

“Berikutan kes ‘macau scam’ yang didedahkan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) baru-baru ini, kerajaan Perikatan Nasional (PN), ahli politik, polis dan pertubuhan masyarakat sivil tidak mempunyai pilihan lebih baik dalam memahami keperluan IPCMC, bukannya versi lemah rang undang-undang itu.”

Demikian kata organisasi bukan kerajaan (NGO) Transparency International Malaysia (TI-M) iaitu kumpulan pemantau rasuah dalam satu kenyataan hari ini.

NGO itu berkata demikian susulan terdapat anggota dan pegawai polis menerima sogokan daripada sindiket ‘macau scam’ bagi melindungi kegiatan jenayah mereka.

Terdahulu, sebanyak RM2 juta hingga RM4 juta dikatakan dibelanjakan kepada pihak berkuasa termasuk polis bagi melindungi jenayah tersebut.

Malah, orang bepengaruh tertentu tidak terkecuali menerima dana haram itu bagi melindungi jenayah ‘macau scam’ serta judi dalam talian.

Utusan Malaysia mendedahkan, Goh Leong Yeong, 32, atau popular dipanggil Alvin yang menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ palsu bagi ‘menghidupkan’ aktiviti jenayahnya di Selangor dan Kuala Lumpur. – SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button