Sukan

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Indonesia

PASANGAN beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke suku akhir badminton terbuka Indonesia, tetapi bakal berhadapan dengan pilihan pertama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang juga gandingan nombor satu dunia .

Pearly-Thinaah eneruskan kemaraan dalam Terbuka Indonesia Super 1000 di Istora Senayan, Jakarta pada Khamis apabila berjaya mengatasi cabaran pilihan kesembilan, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silvia Ramadhanti yang juga wakil tuan rumah dalam pertarungan straight set 21-18, 21-19 dalam masa 49 minit.

Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang menunggu mereka di suku akhir menyingkirkan cabaran wakil dari Perancis, Margot Lambert-Anne Tran, 21-17, 21-19 dalam aksi 41 minit.

Pearly dan Thinaah kini berada di ranking ke-13 dunia dan mereka juga taruhan negara di Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini.

Bagaimanapun aksi mereka tidak konsisten dengan di Terbuka Singapura Super 1000 pada Mei lalu tersingkir seasal pusingan pertama kepada pasangan nombor tiga dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, 10-21, 10-21.

Sebelum itu, Pearly-Thinaah juga kecundang kepada beregu ranking 26 dunia dari Korea Selatan, Lee Yu-lim,-Shin Seung-chan, 16-21, 11-21 dalam aksi 45 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button