PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), syarikat perkhidmatan membekal petrol dan diesel melalui Portable Container System (PCS ROVR) ROVR membekalkan Sistem Kontena Mudah Alih Mini ROVR pertama di Malaysia.
Sistem Kontena Mudah Alih Mini ROVR ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Beaufort, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.
Alexander berkata, PCS ROVR merupakan satu model pembekalan stesen minyak yang dikawal selia oleh KPDNHEP di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 (Akta 144).
“Ia sangat berguna untuk tempat-tempat yang tiada stesen minyak atau stesen minyak itu tidak dapat digunakan akibat daripada bencana alam seperti banjir dan tanah-runtuh,” katanya
PCS ROVR Beaufort, kata Alexander, adalah antara PCS ROVR dalam perancangan pembekalan PDB kepada masyarakat luar bandar di Sabah.
Justeru PCS ROVR Beaufort telah mula beroperasi sejak 26 November 2021.
“Pada ketika ini ia merupakan satu-satunya PCS ROVR berjenama PETRONAS yang sedang beroperasi di Sabah.
“Setakat ini perkhidmatan PCS ROVR mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat iaitu dengan jualan harian melebihi sasaran,” ujarnya.
Beliau berkata, terdapat dua unit PCS ROVR berjenama PETRONAS sedang dibina selain PCS ROVR Beaufort yang mana tapak pembinaannya telah diluluskan oleh KPDNHEP dan dijangka akan beroperasi pada tahun ini.
Selain PCS ROVR Beaufort di bawah PDB, terdapat empat unit PCS ROVR jenama lain yang sedang beroperasi di Sabah, katanya.
Untuk rekod, jumlah keseluruhan PCS ROVR yang beroperasi di Sabah pada ketika ini ialah sebanyak lima unit.
Difahamkan, PETRONAS sedang menimbang untuk menjadikan PCS ROVR sebagai model stesen minyak mini di masa akan datang dengan modal yang mampu milik bagi pengusaha/peniaga kecil.
Dan tidak memerlukan tanah yang luas untuk beroperasi bergantung kepada jumlah penduduk, kenderaan serta keperluan petrol di sesebuah lokaliti yang tidak mendapat perkhidmatan stesen minyak perkhidmatan penuh (full-pledge petrol station).
KPDNHEP yang bertanggungjawab mengawal selia serta memajukan perdagangan dalam negeri dan pada masa sama, menjaga kepentingan pengguna.
KPDNHEP juga sentiasa mengalu-alukan dan menyokong inovasi dan cara baharu perniagaan yang boleh mendatangkan nilai tambah dan faedah kepada pengguna. – SUMBER DAILYTV.MY – SM