Pendidikan

PayNet lancar program kemahiran awan generasi baharu

PAYMENTS Network Malaysia (PayNet) baru-baru melancarkan Program Akar, program baharu yang direka untuk menangani keperluan desak untuk tenaga kerja digital yang mahir di Malaysia.

Dikuasakan oleh AWS re/Start, inisiatif perintis untuk kemahiran awan ini diharapkan dapat mentransformasi industri perkhidmatan kewangan dengan melengkapkan generasi masa depan negara dengan kemahiran digital asas, yang akan diuruskan melalui World Education Placement Services Sdn. Bhd. (WEPS).

Permintaan untuk bakat digital semakin meningkat, dengan 78% majikan di Malaysia mencari pekerja
digital mahir dalam tempoh lima tahun mendatang. Walau bagaimanapun, kajian oleh Gallup dan AWS
mendapati bahawa akses kepada latihan kemahiran digital mampu milik menjadi cabaran bagi hampir separuh daripada semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam kajian ini, walaupun lebih 80% daripada
mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap program sedemikian.

Pengkomputeran awan memainkan peranan penting bagi membolehkan penggunaan AI kerana ia berfungsi sebagai asas untuk inovasi yang mengubah berbagai-bagai industri. Menurut kajian Accelerating AI Skills baru-baru ini oleh Access Partnership dan AWS, hampir semua majikan perkhidmatan kewangan (99%) menjangkakan
kegunaan AI dalam tempoh lima tahun akan datang. Dalam kesemua industri yang dikaji, pekerja
perkhidmatan kewangan adalah yang paling optimistik tentang penggunaan AI di tempat kerja yang akan
menghasilkan kesan positif pada kerjaya mereka (99%), dan majoriti mahu meningkatkan kemahiran AI
untuk kerjaya mereka (93%).

Program Akar bertujuan menangani cabaran ini dengan menyediakan program kemahiran digital yang
inklusif dan boleh diakses, tanpa sebarang kos kepada peserta. Pemohon tidak perlu mempunyai latar
belakang teknikal terlebih dahulu. AWS akan menyediakan sumber latihan, perkhidmatan awan dan
kepakaran teknikal, manakala PayNet akan membiayai program dan menyokong penyepaduan kemahiran
yang berkaitan dengan industri. WEPS akan memastikan kurikulum adalah terkini dan berfokuskan industri,
serta menyampaikan program secara menyeluruh.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama awal ini, PayNet, AWS re/Start dan WEPS komited memulakan
program dengan 100 pelajar untuk tahun 2024. Terdapat 50 pelajar untuk kohort pertama yang akan
bertindak sebagai perintis untuk mengumpulkan cerapan dan memperhalusi program untuk kohort yang
seterusnya.

Bagi membina asas yang kukuh untuk pekerjaan yang berpotensi, peserta akan menjalani kursus latihan
yang intensif selama 47 hari, yang direka khas oleh AWS dan PayNet, meliputi kemahiran asas awan dan
pembayaran digital, termasuk pengaturcaraan, rangkaian, keselamatan dan pangkalan data. Peserta yang
berjaya menghabiskan kursus latihan juga akan menduduki Peperiksaan Persijilan Pengamal Awan AWS
yang diiktiraf industri untuk mengesahkan kemahiran mereka.

Graduan program ini juga akan menerima sokongan untuk mendapatkan latihan amali dan penempatan
pekerjaan dalam sektor perkhidmatan kewangan Malaysia, membolehkan mereka menggunakan latihan
mereka sebagai sebahagian daripada tenaga kerja syarikat. PayNet dan WEPS akan menyalurkan calon
kepada jenis pekerjaan seperti operasi awan, kebolehpercayaan tapak, sokongan infrastruktur dan
sokongan teknikal perniagaan.

“Di PayNet, kami menyedari keperluan mendesak untuk tenaga kerja mahir dalam sektor berasaskan
teknologi di Malaysia. Kerjasama kami dengan AWS melalui Program Akar bertujuan merapatkan jurang ini
dengan melengkapkan bakat muda dengan kemahiran awan yang penting,” kata Jun Maria Tan Abdullah,

Pengarah Kanan, PayNet Akar. "Inisiatif ini memastikan pelajar menerima kemahiran yang relevan dan
pembelajaran berasaskan pengalaman, yang mampu memberi persediaan yang sewajarnya untuk
memasuki alam pekerjaan.

“Matlamat ekonomi digital dan rangkuman digital di Malaysia bergantung kepada mereka yang mempunyai
kemahiran dan minda untuk memacu perubahan ini,” kata Pete Murray, Pengurus Negara Malaysia, AWS.
"Visi PayNet yang penuh inspirasi membawa AWS dan WEPS untuk bekerjasama memperkasa generasi
akan datang dalam perkhidmatan kewangan di Malaysia dengan kemahiran asas dalam Keselamatan Awan,
Kepintaran Buatan, Analitis Data dan Pemodenan Aplikasi.

Latihan untuk kohort pertama melibatkan 50 pelajar dari Asia Pacific University of Technology & Innovation
(APU) bermula Julai 2024. Organisasi seperti Bank Negara, Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank dan
Bank Islam telah menyatakan minat untuk menyediakan peluang latihan amali kepada para graduan
program ini.

“Kami bersukacita dapat bekerjasama dengan AWS dan PayNet untuk menyampaikan Program Akar.
Inisiatif ini bakal menangani kekurangan tenaga profesional mahir di Malaysia dan mewujudkan
kepelbagaian bakat dalam perkhidmatan awan,” kata Mughilen Rathakrishnan, Ketua Pegawai Eksekutif,
WEPS.

Program AWS re/Start tersedia di lebih 60 negara, menghubungkan lebih 98% graduan dengan peluang
temu duga kerja. Ia merupakan salah satu inisiatif yang telah membantu AWS melatih lebih 31 juta pelajar
di 200 negara dan wilayah dalam membina kemahiran awan mereka melalui inisiatif latihan percuma.

Artikle Berkaitan >

KPM alu-alukan cadangan orang ramai untuk pelan pendidikan baharu negara

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button