PolitikPRK

Patut bersyukur satu tan sawit RM270, orang kampung nak bayar apa sangat?

ORANG kampung patut amat bersyukur dengah harga minyak sawit RM270 setan yang dianggap sebagai pendapatan yang banyak kepada mereka.

Menurut calon Pakatan Harapan PRK Tanjung Piai Karmaine Sardini, harga tersebut sebenarnya amat mencukupi untuk menyara hidup penduduk kampung kerana mereka tidak perlu membayar banyak barang kecuali petrol.

Menurut Karmaine walaupun pendapatan yang diterima kecil namun penduduk kampung masih boleh makan.

“RM270 banyak bukan sikit. Banyak sebenarnya. Kalau dia ada kebun 10 ekar dia boleh dapat lima tan sekurangnya.

“Lima tan kali RM270 dapat seribu lebih. Untuk orang kampung apa nak sangat bayar? Nak makan sayur tanam sendiri. Cuma yang perlu dia mengisi minyak.

“Jadi bendanya kena bersyukur, walaupun benda tu sikit kita masih boleh makan lagi,” kata Karmaine dalam satu ceramah pilihan raya di Tanjung Piai malam tadi.

Ujar Karmaine, ketika ini beliau menerima banyak keluhan dan aduan mengenai harga kelapa sawit yang rendah daripada penduduk kampung yang sebahagian besar merupakan penanam kelapa sawit.

Menurut Karmaine, harga sawit rendah bukan sahaja berlaku ketika pemerintahan Pakatan Harapan tetapi juga semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Karminie mendakwa mereka yang memperbesarkan isu harga kelapa sawit rendah merupakan golongan yang taksub dengan Barisan Nasional.

“Saya pernah periksa dengan abang saya, dia pun pekebun kecil dia kata masa BN memerintah dahulu pernah sawit ini turun bawah RM100…. RM80 satu tan. Tapi tak ada orang mengadupun.

“Kerana apa? Kerana taksub dengan Barisan Nasional kononnya hebat sangat,” kata Karmaine

Video ucapan Karmaine mengenai isu tersebut kini menjadi tular di media sosial dan turut dikongsi di Facebook bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendapat komen daripada warganet.

“Kepala hotak dia duduk kat kampung RM1,000 dah cukup. Zaman sekarang orang nak bayar ansuran kereta, anak sekolah sudah hampir RM500. Baki RM509 makan anak bini tiga minggu je,” kata Fasri Abdul Karim.

“Zaman harga RM87 duit nilai tinggi la. Minyak baru 80 sen. Apa punya calon tak ikut peredaran zaman. Baru keluar gua ke apa. Buat malu imam-imam lain,” tulis Sakura Tempura.

“Itulah mentaliti calon PH. Hanya tahu menyalahkan orang lain atas kebodohan sendiri. Macam sekarang ni menteri asik ulang skrip salah kerajaan terdahulu. Padahal sendiri tak tau buat kerja,” kata Shahrul Sharizal.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button