NasionalNegeri

Pasukan Penguatkuasa FAMA pantau gerai jual harumanis

MUSIM harumanis kembali lagi. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menerusi pasukan penguatkuasaannnya telah mula “turun padang” bagi memantau penjualan buah ikon ini.

Sehubungan itu, Pengarahnya, Mohd Anzara Azizan berkata, pasukan penguatkuasaan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan), Mohd Fakrul Hayat Abdullah telah melaksanakan pemeriksaan ke atas enam Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) bawah seliaan FAMA dan gerai swasta di sekitar negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Mohd Fakrul Hayat Abdullah (kanan) menyerahkan gegantung kepada salah sebuah gerai. – Gambar Ihsan FAMA Perlis

“FAMA melakukan inspektorat dan pemeriksaan ini bagi memastikan harumanis yang dijual ini mematuhi peraturan Pengredan, Pembungkusan dan Pelabelan yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Anzara berkata, jenama Mangga Harumanis Perlis yang telah dipatenkan oleh Jabatan Pertanian Perlis ini perlu dijaga.

“Kita tidak mahu ada pihak salah guna jenama ini sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pembeli,” katanya.

Katanya, tambahan pula setiap tahu timbul aduan tidak puas hati di kalangan pembeli harumanis.

Mohd Anzara berkata, FAMA juga bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Perlis dengan mengedarkan gegantung pengenalan mangga harumanis di gerai jualan berkenaan.

Mohd Fakrul Hayat Abdullah (tengah) dibantu pasukan penguatkuasaannya melakukan pemeriksaan ke atas gerai menjual mangga harumanis. – Gambar Ihsan FAMA Perlis

“Kempen kesedaran penting bagi mengelakkan pembeli tertipu semasa membeli harumanis,” katanya.

Mohd Anzara berkata, pihaknya juga akan terus menjalankan inspektorat dan pemeriksaan di sepanjang musim harumanis ini. – SM

BACA FAMA Perlis beli 34 tan metrik Harumanis, Perlis Sunshine tahun ini

BACA Musim harumanis bermula 24 Mac dengan jangkaan hasil 2,075 tan metrik

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button