MahkamahNasional

Pastor warga Korea pekak, bisu didakwa cabul kehormatan dua lelaki didakwa

SEORANG lelaki warga Korea yang pekak dan bisu didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan dua lelaki di apartmen miliknya.

Tertuduh, seorang pastor didakwa melakukan perbuatan itu dalam dua kejadian berasingan pada 2013 dan 2017.

Tertuduh, Jee Jon Hoon, 54, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan memeluk, mencium dan meraba alat sulit mangsa pertama berusia 28 tahun kira-kira pukul 12.20 tengah hari sekitar Oktober 2013 di Apartmen Seri Cemerlang.

Dia turut dituduh melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang lagi lelaki yang berusia 27 tahun di lokasi berkenaan pada pukul 11 malam, sekitar Julai 2017.

Jon Hoon didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyerang atau menggunakan paksaan jenayah dengan niat mencabul kehormatan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Pengakuan tertuduh bagaimanapun tidak direkodkan kerana Jon Hoon tidak dapat memahami terjemahan jurubahasa isyarat yang disediakan.

Peguam bela G Shanmugam berkata, anak guamnya tidak dapat memahami bahasa isyarat Malaysia kerana hanya mengetahui bahasa isyarat antarabangsa.

Majistret Kalaiarasi Muniandy menetapkan sebutan kes pada 18 Januari untuk memperoleh khidmat jurubahasa isyarat antarabangsa bagi merekodkan pengakuan tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Azlin Zeti Zainal Abidin manakala Jon Hoon turut diwakili Adlin Farhana Ismail.

Bukit Aman sebelum ini memaklumkan, pastor itu meraba lima lelaki antara 2011 hingga 2016. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button