NasionalNegeri

Pasca Covid19: Pemangku Raja bersyukur prestasi ekonomi Perlis positif

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa syukur dengan prestasi ekonomi Perlis pasca Covid19 apabila menunjukkan pertumbuhan positif untuk pulih sekaligus kembali melonjak.

Baginda bertitah, ini kerana kadar pertumbuhan 1.5 peratus dicatatkan tahun 2021 berbanding penyusutan 6.0 peratus tahun 2020.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen ketika bertemu dengan Puteri Norodom Arunrasmy.

Berdasarkan statistik, beberapa sektor telah menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri iaitu sektor perkhidmatan meningkat 2.2 peratus, sektor pembuatan 5.4 peratus dan sektor pembinaan (0.2 peratus).

Melalui pencapaian ini, titah Baginda, diharapkan Perlis akan dapat menyumbang kepada KDNK negara melalui peningkatan di sektor-sektor ekonomi utama khususnya sektor perkhidmatan dan lojistik, perlombongan dan pengkuarian, pelancongan, pertanian, keusahawanan dan penjanaan ekonomi berasaskan digital serta industri.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan mengadakan pertemuan dengan Puteri Norodom Arunrasmy iaitu anakanda bongsu kepada Raja Kemboja yang sebelum ini, Raja Norodom Sihanouk dan adinda kepada pemerintah sekarang, Raja Norodom Sihamoni.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen bertukar cederahati dengan Puteri Norodom Arunrasmy.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Puteri Arunrasmy dan suami, Keo Puth Reasmey turut meraikan Pemangku Raja dan Raja Puan Muda pada majlis santapan malam.

Untuk rekod, Raja Norodom Sihamoni baru sahaja menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan Baginda yang Ke-70 pada 14 Mei lalu. – SM

BACA Normal baharu kunci pemulihan pandemik dan ekonomi – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button