KesihatanNasionalRencah Hidup

Pasar Datuk Keramat ada 26 kes positif Covid-19

MASYARAKAT yang tinggal sekitar Datuk Keramat, Kuala Lumpur pasti familiar atau biasa membeli barangan keperluan harian khususnya barangan dapur  di pasar Datuk Keramat.

Bahkan penduduk yang tinggal berdekatan dengan  kawasan Setiawangsa, Ulu Kelang, Taman Melawati dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan juga tahu lokasi pasar Datuk Keramat ini.

Terkini, SUARA MERDEKA mendapat perkongsian tentang pandemik Covid-19 yang turut menjejaskan pasar Datuk Keramat.

Diuar-uarkan, kes terbaharu Covid-19 dicatat di kawasan itu dan berharap penduduk setempat atau luar menghindari dari mengunjungi pasar tersebut buat sementara waktu dan dalam tempoh terdekat.

Turut difahamkan, terdapat 26 kes positif Covid-19 telah dikenapasti dan Flat Sri Perlis Datuk Keramat juga ada kes baharu yang dicatatkan di kawasan perumahan itu.

Lokasi flat ini adalah berdekatan dengan pasar Datuk Keramat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button