Luar Negara

Suami isteri enggan lakukan hubungan bertiga diserang wanita dengan pedang samurai

SEORANG wanita warganegara Thailand menyerang sepasang suami isteri senegaranya kerana enggan melakukan hubungan intim secara bertiga.

Dengan bersenjatakan sebilah pedang samurai, wanita berkenaan yang berpakaian warna biru cuba menikam seorang lelaki di hadapan rumah lelaki tersebut.

Menurut pasangan yang menjadi mangsa serangan, mereka berkali-kali diugut oleh suspek sehingga terpaksa melarikan diri dari Bangkok tetapi wanita itu masih mengekori mereka.

Netizen Thailand berkongsi sebuah klip video yang memaparkan suspek cuba menikam lelaki yang dikenali sebagai Air, 38.

Air memberitahu media tempatan bahawa dia dan wanita atau suspek yang dikenali sebagai Aum, 40, telah berkawan selama setahun.

Mereka, kata Air, saling mengenali di antara satu sama lain ketika masing-masing sudah mempunyai pasangan.

Bagaimanapun, air berkata, dia sering diminta oleh suspek untuk melakukan hubungan intim tetapi permintaan itu ditolak.

Akibat tidak dapat menahan sikap aneh Aum, Air memutuskan untuk melarikan diri ke Wilayah Phetchabun.

Tambah Air, Aum pernah datang ke rumah isterinya di Nonthaburi dan mengugut anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun.

Video yang dimuat naik di media sosial dirakam oleh isteri Air dan dia mengesyaki bahawa Aum mempunyai penyakit psikotik.

Pasangan suami isteri ini masih belum melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis kerana baharu sahaja berpindah dari Bangkok. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button