Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan Pas Pusat tidak pernah memutuskan penggunaan lambang BN pada pilihan raya negeri Sarawak.
Berikut kenyataan penuh beliau:
SAYA merujuk kepada kenyataan media bertajuk “PAS Sarawak pertimbang guna lambang BN” yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Sarawak dan disiarkan oleh beberapa media pada 19 Januari 2020.
PAS Pusat ingin mengesahkan tidak pernah membuat sebarang keputusan sedemikian malah belum memutuskan penyertaan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.
Oleh itu kenyataan tersebut bukanlah kenyataan PAS Pusat mahupun kenyataan PAS Sarawak yang disahkan.
Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS.