Politik

Pas sertai Kerajaan Perpaduan hanya khabar angin

URA-URA Pas akan menyertai Kerajaan Perpaduan hanya sekadar khabar angin kerana ia tidak pernah dibincangkan.

Sehubungan itu kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, dakwaan konon mereka sedang berbincang dengan Pas untuk menyertai kerajaan Persekutuan adalah sama sekali tidak benar.

Katanya, beliau sendiri telah berjumpa dengan menteri-menteri DAP dan kesemua mereka menyatakan bahawa perkara ini tidak pernah dibincangkan di peringkat tertinggi.

Ketika sesi taklimat khas yang diadakan sebelum persidangan Dewan Rakyat kepada barisan ahli Parlimen kerajaan di Seri Perdana, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak menyentuh langsung apa-apa perbincangan dengan Pas.

“Sebaliknya, beliau menekankan rasa tidak puas hati dengan tindakan mempolitikkan pelaburan kerajaan oleh pembangkang, terutamanya apabila mengheret isu BlackRock ke dalam perolehan MAHB oleh Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),

“Ini sudah tentu tidak masuk akal.

“Jelas sekali pihak yang cuba membuat tanggapan kononnya DAP terlibat dengan usaha untuk membawa Pas ke dalam kerajaan Persekutuan mempunyai niat menipu untuk memburukkan imej parti,” kata Guan Eng dalam kenyataan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button