PAS-PN sapu bersih di Kelantan
CALON-CALON Pas menceriakan suasana di Ballroom Glenmarie Golf & Country Resort apabila Ustaz Che Alias Hamid, calon Perikatan Nasional (PN) dari parti PAS yang bertanding di Kemaman PAS PN menang dengan 27,179 majoriti sekali gus dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk penggal akan datang.
Sejurus selepas pengumuman dibuat, Musyidur Am Pas, Datuk Seri Hadi Awang tiba di ballroom di hotel dan disambut dengan teriakan ‘Allahhuakbar’.
Kehadiran Hadi yang menang di P037 Marang dengan undi sebanyak 41,729 memang dinanti-nantikan oleh para penyokong Perikatan Nasional (PN).
Hadi menewaskan mencabar dari Barisan Nasional (BN) Jasmira Othman yang peroleh 31,386 dan dua lagi pencabar beliau, masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) yang mencalonkan Azhar Abdul Shukur (4,140 undi) dan Pejuang, Zarawi Sulong yang hanya memperoleh 427 undi.
Aura calon Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) membawa kepada keputusan yang diharapkan oleh PN.
Di Kelantan, kesemua 14 kerusi yang dipertandingkan, disapu bersih oleh Pas/PN.
Makala di Langkawi, Tasek Gelugor, Kulim Bandar Baru turut dimenangi oleh calon PN. –